Verification of Identity
Pengesahan Identiti
身份验证

Please be informed that foreigners will need to upload a scanned copy of their valid passport for registration as a new FBO when they sign up online.
Harap maklum bahawa warga asing perlu memuat naik salinan imbasan pasport mereka yang sah untuk pendaftaran sebagai FBO baharu apabila mereka mendaftar dalam talian.
请注意,外国人在网上注册为新的FBO时,需要上传其有效护照的扫描副本。


In the event that the passport is found to be fake or invalid, the registration will be revoked without further notice.
Sekiranya pasport didapati palsu atau tidak sah, pendaftaran akan dibatalkan tanpa notis lanjut.
如果发现护照无效或伪造,注册将被撤销,恕不另行通知。


Thank you.
Terima kasih.
谢谢。

Pernyataan Dasar Privasi (Privacy Policy Statement)

Kami di Forever Living Products (M) Sdn Bhd ("FLPM") mengambil keperibadian dan kerahsiaan maklumat peribadi anda dengan serius, dan ia adalah komitmen kami untuk melindungi data peribadi semua pengedar (Usahawan Perniagaan Forever) dan pelanggan kami. Berikut adalah butir-butir mengenai dasar privasi kami dan cara bagaimana kami memproses dan menggunakan data peribadi yang kami kumpul berkenaan anda, atau yang anda berikan kepada kami.

Sila ambil perhatian bahawa data peribadi yang kami kumpul daripada anda adalah penting untuk kewujudan akaun Pengedar/Perniagaan Forever anda, dan oleh itu Pernyataan Dasar Privasi ini membentuk sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian Pengedar (Borang Permohonan Forever Business Owner) anda dengan FLPM. Untuk menjadi seorang Pengedar (Usahawan Perniagaan Forever) FLPM, anda perlu bersetuju dan mengizinkan data peribadi anda diguna, diproses dan dizahirkan oleh FLPM untuk tujuan dan mengikut cara yang dinyatakan dalam Pernyataan Dasar Privasi ini.

Data peribadi yang dikumpulkan oleh kami
Maklumat peribadi yang diperolehi oleh FLPM termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Maklumat wajib yang anda berikan kepada kami sebagai sebahagian daripada proses permohonan dan pendaftaran anda sebagai Pengedar (Usahawan Perniagaan Forever) kami seperti Nama, Jantina, Status Perkahwinan, Bangsa, Tarikh Lahir, Nombor Pengenalan (Nombor Kad Pendaftaran Negara I Pasport), Butiran Perhubungan (alamat, nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit, e-mel) dan butiran Akaun Bank anda.
- Maklumat yang dikumpul berkenaan dengan pembelian anda termasuk tetapi tidak terhad kepada jenis dan bilangan barangan yang dibeli, kawasan pembelian dan nilai pembelian.
- Data peribadi lain yang anda mungkin berikan kepada kami termasuk video, gambar, imej atau lain-lain media yang anda berkongsi dengan FLPM atau yang diperolehi daripada penyertaan anda dalam pertandingan, acara dan aktiviti FLPM.

Cara bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda
Kami akan memproses dan menggunakan data peribadi yang berkenaan dengan anda bagi maksud-maksud yang berikut:
- Untuk pemprosesan permohonan anda, penyelenggaraan pangkalan data pengedar kami dan untuk hal-hal berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan.
- Untuk pemprosesan pesanan pembelian, pengiraan bonus (komisen) anda, rangkaian anda dan/atau pengedar lain mengikut pelan pemasaran kami, pengiraan untuk kenaikan tahap dalam pelan pemasaran kami, pengiraan untuk menentukan kelayakan bagi insentif dan/atau anugerah lain, dan bagi pembayaran bonus secara elektronik.
- Bagi memenuhi keperluan undang-undang dan badan-badan berkanun.
- Bagi tujuan perhubungan, komunikasi dan pemberitahuan dan untuk mengemaskinikan anda dengan maklumat terkini berkaitan dengan Syarikat.
- Untuk tujuan analisis dan rekod statistik dan untuk menjanakan laporan pengurusan dan yang diperlukan oleh pelbagai pihak berkuasa kerajaan. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh menghadkan pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan di alas.

Penzahiran maklumat anda
FLPM tidak akan memberi, menjual, menyewa atau memperdagangkan data peribadi anda. Kami juga tidak akan berkongsi data anda dengan pihak ketiga, melainkan jika kami perlu berbuat demikian untuk menjalankan kegiatan perniagaan FLPM, atau untuk melaksanakan tugas kami memberi khidmat kepada anda. Kami mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut :
- Pengedar-pengedar upline dalam rangkaian anda, bagi tujuan pengurusan rangkaian anda.
- Forever Living Products International, Inc, USA dan/atau syarikat bersekutunya untuk pemprosesan data, dan syarikat-syarikat gabungannya di seluruh dunia untuk membolehkan pemprosesan pesanan produk oleh anda dan/atau rangkaian anda di negara-negara lain.
- Kontraktor pihak ketiga yang diupah oleh FLPM untuk melaksanakan pemprosesan data termasuk penerbitan, komunikasi, pemasaran dan perkhidmatan pelanggan.
- Saluran-saluran pembayaran untuk tujuan pembayaran bonus kepada anda.
- Mana-mana pihak jika diperlukan berbuat demikian menurut undang-undang atau dengan niat yang baik; atau jikalau tindakan tersebut adalah perlu untuk mematuhi kehendak mana-mana pihak berkuasa kerajaan, badan-badan kawal selia atau proses undang-undang; atau untuk siasatan dan menyelesaikan apa­apa isu; atau untuk melindungi dan mempertahankan hak atau harta FLPM , kakitangannya serta pengedarnya.

Mengakses, Mengemaskini dan Pembetulan
Sila maklumkan kami dengan secepat mungkin sekiranya apa-apa maklumat peribadi yang diberikan kepada kami sebelum ini adalah tidak kemas kini atau tidak tepat. Jikalau anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin memberi maklum balas mengenai Dasar Privasi kami, atau ingin membuat permintaan untuk mengakses, membetul atau memadamkan mana-mana data peribadi anda yang dipegang oleh kami, sila hubungi Sahagian Perkhidmatan Pelanggan kami di 03- 92820033 atau e-mel kami di flpm@forever.net.my atau menulis kepada: Sahagian Perkhidmatan Pelanggan, Forever Living Products (M) Sdn Bhd, Wisma Forever, 25 Jalan Jejaka 3, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.

Perlindungan , Penyimpanan dan Pengekalan
Langkah-langkah akan diambil untuk melindungi data peribadi yang dikumpulkan itu daripada kehilangan, penyalahgunaan, pengubahan, pendedahan tidak sengaja atau diakses oleh mereka yang tidak diberikan kuasa. Borang permohonan dan data peribadi bertulis adalah difailkan di pejabat kami atau di lokasi yang berkunci yang hanya boleh diakses oleh kakitangan kami yang diberikan kuasa . Pangkalan data elektronik adalah dikekalkan dalam komputer yang terletak di kawasan terkawal dan selamat, dan hanya boleh diakses oleh kakitangan yang dibenarkan dengan kata laluan yang selamat. Untuk memudahkan pemprosesan pesanan, pangkalan data ringkas dengan hanya data peribadi terhad yang diperlukan untuk pemprosesan seperti nama dan nombor pengenalan, boleh diakses oleh juruwang . Dengan semua pihak ketiga yang kami mungkin memberikan data peribadi anda, kami akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa mereka akan mengendalikan data peribadi anda secara rahsia dan mengikut undang-undang dan Dasar Privasi kami. Data peribadi yang diberikan oleh anda akan dikekalkan selamanya tujuan asal yang data peribadi itu dikumpulkan masih wujud atau pengekalan adalah diperlukan untuk memenuhi keperluan undang-undang dan keperluan berkanun, atau untuk melindungi kepentingan kami. Kami berhak untuk meminda atau mengubah suai Dasar Privasi kami pada bila-bila masa untuk menggambarkan perubahan dalam undang-undang dan peraturan-peraturan semasa atau sekiranya amalan kami berubah dan kami akan memaparkan apa-apa pindaan tersebut pada laman web kami.

Keizinan kepada Forever Living Products (Ml Sdn Bhd ("FLPM"l di bawah Seksyen 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Saya I Kami, yang bertandatangan di bawah, faham bahawa pemprosesan dan penggunaan data peribadi saya/kami seperti yang dinyatakan di dalam Pernyataan Dasar Privasi FLPM di alas adalah penting bagi menjalankan kegiatan perniagaan FLPM dan melaksanakan tugasnya untuk memberi khidmat kepada saya/kami, dan saya/kami dengan ini bersetuju untuk memberi kebenaran saya/kami kepada FLPM untuk memproses, menggunakan dan berkongsi semua data peribadi yang dikumpulkan berkenaan saya/kami bagi tujuan-tujuan dan mengikut cara yang dinyatakan dalam Pernyataan Dasar Privasi FLPM ini.



IF MY APPLICATION TO BECOME A FOREVER BUSINESS OWNER IS ACCEPTED, I UNDERSTAND, REPRESENT AND AGREE THAT :
1. I am acting in my own behalf as an individual and I am 18 years of age or older.
2. I have personally attended and received certification at a Company approved certification meeting/business presentation or by a Company authorised representative and have purchased my own Business Manual.
3. This application shall constitute a binding agreement between Forever Living Products (FLP) and myself at such time as this application is received and approved by FLP’s Head Office in Kuala Lumpur. I acknowledge that I have selected a sponsor or have had one assigned to me, which I accept. I certify that I have not, prior to this date, sponsored into this country and I am using my original sponsor, from my Home Country, if applicable.
4. I am an independent contractor in the business of selling consumer products. I am not an employee of legal representation of FLP for any purpose. I will be responsible for compliance with federal, state and local statutes and regulations, including, but not limited to, those relating to licensing and taxation. I recognize that my remuneration is based on my performance in the sale or delivery of products and not on the number of hours worked or an element of chance. FLP shall not be responsible for withholding or collection and remitting of any taxes unless required by statutes and regulations or by express collection agreement with the relevant authority.
5. There is no required minimum investment or minimum inventory requirement. Any purchase must be in reasonable quantities in relationship to sales.
6. I have read FLP’s “Company Policies”. I agree to operate my business in accordance with these Company Policies, procedures and marketing plan. I understand that my acts, or lack of action, which may result in a misuse, misrepresentation or violation of such policies and procedures can cause the termination of my Forever Business Ownership (distributorship) by the Company, including but not limited to, use of unauthorized promotional material. Further, I agree and accept the terms of the privacy policy as set forth in FLP’s Privacy Policy statement.
7. FLP may, after reasonable notice, change, amend or modify this agreement and its policies, procedures and marketing plan to maintain a viable marketing system, comply with legal requirements or changes in economic conditions, and I shall operate my business in accordance with any such changes amendments or modifications.
8. To properly represent FLP’s products and its marketing plan, all forms of advertising, including but not limited to, audio and video tapes and printed materal, must be submitted and approved in writing by an authorized FLP’s representative prior to use.
9. I MAY CANCEL THIS AGREEMENT AT ANY TIME EFFECTIVE UPON MAILING WRITTEN NOTICE TO FLP. If I should elect to cancel, all products which I purchased from FLP and which are in my possession in a resalable condition, shall be repurchased in accordance with FLP’s policies and procedures.
10. This agreement is personal in nature and cannot be assigned or transferred, except in the event of my death, wherein an individual who can qualify as a Forever Business Owner may inherit the same.
11. FLP expects its Business Owners to conduct themselves with the highest ethics and integrity. I agree to do so and represent that I have never been convicted of a felony or charged with a crime involving moral turpitude or dishonesty.
12. I will fully abide by the Direct Sales Act 1993. I will also observe and uphold the code of good conduct and ethics as promulgated by the Company and the Direct Selling Association of Malaysia.
13. I understand that this application is subject to a COOLING-OFF PERIOD OF 10 WORKING DAYS. Anytime during this period, I may cancel and withdraw my application and return the Business Manual/Starter Kit for a full refund.

PROCEED / SETERUSNYA / 進行